Thursday 26 June 2014

KEK LUMUT

Assalamualaikum, agak sibuk minggu ini menyiapkan tempahan kek untuk kawan-kawan, menyebabkan tiada entri yang baharu saya ketengahkan.  Tetapi hari ini saya hendak berkongsi resepi Kek Lumut, satu lagi kek bak kata pepatah "wajib ada", bila perayaan tiba.  Kek nya tidak memiliki rupa yang cantik, dan juga tidak dihiasi oleh lapisan warna yang menarik, tetapi rasanya sangat sedap.

Kebetulan pula ada kawan yang menempah kek ini, jadi memberi kesempatn kepada saya untuk berkongsi resepinya.  Namun begitu, usah dihairankan kek ni ada banyak versi.  Mari kita lihat bahan-bahannya

Kek Lumut

Bahan2nya

16 oz mentega (saya guna 500gm Buttercup)
10 biji telur ayam
1 1/2 gelas gula
2 gelas tepung gandum
1 bungkus kecil horlicks (200gm)
1 tin sedang kaya
1/2 tin susu manis
1 botol kecil perasa pandan
sedkit esen vanilla
pewarna hijau

Cara membuatnya
  1.  Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim.  Kebiasaan saya akan menggunakan putaran        yang paling rendah untuk memukul mentega dengan gula.  Biarpun agak mengambil masa, tetapi saya            suka dengan hasilnya.


2.  Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.  Berlainan dengan telur, saya akan gunakan putaran yang        paling tinggi.


3.  Satukan kedua-dua bahan tersebut dan gaul hingga sebati.  Saya tak gunakan mixer lagi pada tahap ini.


4.  Kemudian masukkan susu masnis, kaya, horlick dan tepung.  Gaulkan supaya rata.


5.  Akhir sekali, masukkan perasa pandan, esen vanilla dan pewarna hijau.



6.  Masukkan kedalam acuan.  Kukuslah selama 4 jam.  Biasanya semakin lama dikukus, warna kek akan          agak gelap.

Masa ini, kek yang saya buatkan masih lagi dalam pengukus, dan tidak masak lagi.  Lawatlah blog ni untuk entri akan datang, saya pasti akan tunjukkan rupa kek yang sudah masak.  Bolehlah cuba resepi ni, boleh buat 1/2 adunan, dapat satu kek bersaiz 7" X 7".  Wassalam.

No comments:

Post a Comment