Thursday 26 June 2014

KEK LUMUT

Assalamualaikum, agak sibuk minggu ini menyiapkan tempahan kek untuk kawan-kawan, menyebabkan tiada entri yang baharu saya ketengahkan.  Tetapi hari ini saya hendak berkongsi resepi Kek Lumut, satu lagi kek bak kata pepatah "wajib ada", bila perayaan tiba.  Kek nya tidak memiliki rupa yang cantik, dan juga tidak dihiasi oleh lapisan warna yang menarik, tetapi rasanya sangat sedap.

Kebetulan pula ada kawan yang menempah kek ini, jadi memberi kesempatn kepada saya untuk berkongsi resepinya.  Namun begitu, usah dihairankan kek ni ada banyak versi.  Mari kita lihat bahan-bahannya

Kek Lumut

Bahan2nya

16 oz mentega (saya guna 500gm Buttercup)
10 biji telur ayam
1 1/2 gelas gula
2 gelas tepung gandum
1 bungkus kecil horlicks (200gm)
1 tin sedang kaya
1/2 tin susu manis
1 botol kecil perasa pandan
sedkit esen vanilla
pewarna hijau

Cara membuatnya
  1.  Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim.  Kebiasaan saya akan menggunakan putaran        yang paling rendah untuk memukul mentega dengan gula.  Biarpun agak mengambil masa, tetapi saya            suka dengan hasilnya.


2.  Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.  Berlainan dengan telur, saya akan gunakan putaran yang        paling tinggi.


3.  Satukan kedua-dua bahan tersebut dan gaul hingga sebati.  Saya tak gunakan mixer lagi pada tahap ini.


4.  Kemudian masukkan susu masnis, kaya, horlick dan tepung.  Gaulkan supaya rata.


5.  Akhir sekali, masukkan perasa pandan, esen vanilla dan pewarna hijau.



6.  Masukkan kedalam acuan.  Kukuslah selama 4 jam.  Biasanya semakin lama dikukus, warna kek akan          agak gelap.

Masa ini, kek yang saya buatkan masih lagi dalam pengukus, dan tidak masak lagi.  Lawatlah blog ni untuk entri akan datang, saya pasti akan tunjukkan rupa kek yang sudah masak.  Bolehlah cuba resepi ni, boleh buat 1/2 adunan, dapat satu kek bersaiz 7" X 7".  Wassalam.

Sunday 22 June 2014

KEK LAPIS COKLAT CHEESE

Assalamualaikum semua.  Alhamdulillah minggu ni ada kelapangan, sempat siapkan 3 biji kek.  Satu yang saya suka bila melakukan aktiviti di dapur sendiri ialah "this is my teritory."  Ada suatu kepuasan dan kebasan untuk mendapatkan hasil kerja yang kita mahukan.

Kek kek yang saya siapkan, sebiji kek Hati Pari atas permintaan seorang rakan.  Sebiji Kek Lapis Coklat Cheese atas permintaa adik.  Sebiji Kek Coklat Cheese untuk buah tangan suami yang akan ke Port Dickson, dan bermalam di rumah sahabatnya di Ulu Langat.

Jadi bolehlah saya kongsikan resepi unuk Kek Lapis Coklat Cheese.  Inilah keknya.


Saya tidak menyertakan gambar langkah demi langkah kerana cara membuatnya adalah lebih kurang sama dengan Kek Lapis Cream Cheese.  Jika berminat untuk mencuba, bolehlah pergi kesini.  Rasanya kurang manis dari Kek Lapis Cream Cheese, tetapi tekstur dan keenakannya tetap sama.  Cubalah, memang sedap.

Friday 20 June 2014

KEK LAPIS CREAM CHEESE

Assalamualaikum semua.  Saya kembali untuk menunaikan janji saya pada entri yang lepas iaitu hasil Kek Hati Pari.  Inilah rupanya.

Seperti mana senikata lagu dan juga peribahasa Melayu "Hitam hitam si tampok manggis, biarpun hitam ku pandang manis."

Hari ini saya hendak berkongsi pula kek kegemaran anak bujang ketiga saya, iaitu Kek Lapis Cream Cheese.  Untuk pengetahuan semua, kek ini banyak dijual dikedai kedai kek lapis di seluruh Kuching ini.  Rasanya lembut seperti kek span, tetapi rasanya amat kaya dengan lemak mentega dan keenakkan cream cheese serta taburan Cheese Cheddar diatasnya.  Biarpun tidak di hiasi dengan warna warna lapisan yang menarik, namun taburan cheese sudah cukup untuk memukau mereka yang menggemari cheese seperti anak bujang saya ini.

Kek Lapis Cream Cheese
Resepi : Zheinysha
Sumber: Myresipi

Bahan A
Bahan A


10 biji telor
300 gm gula
280 gm tepung
2 sudu makan ovallette
2 oz air ais

Bahan B

16 oz mentega
200 gm cream cheese
5 sudu makan susu pekat
Sedikit Cheddar cheese diparut untuk di tabur

Cara membuatnya
step 1
1.  Pukul bahan A hingga pekat. (Pada kelajuan tinggi lebih kurang 7 minit)
step 2
step 2
2.  Pukul mentega dengan susu hingga sebati, dan masukkan cream cheese dan kacau biar sebati.
step 3

3.  Masukkan bahan A ke dalam adunan mentega dan gaul hingga sebati,
step 4.  saya hanya tabur pada lapisan terakhir
4.  Bakar selapis demi selapis dan taburkan cheddar cheese di setiap lapisan.

Senangkan cara membuatnya.  Saya menggunakan api atas sahaja dengan suhu pada paras 250 darjah.  Kek in lembut, gebu enak dan sangat berkrim rasanya.  Anak anak saya memang sangat sukakan kek ini, sehingga tidak sabar menunggu kek sejuk untuk di potong.
Cubalah, sedap untuk minum petang.  Bahan-bahannya pun senang diperolehi.  Sampai bertemu lagi.  Wassalam.

Thursday 19 June 2014

KEK HATI PAREK

Sarawak memang terkenal dengan kehebatan keknya.  Biarpun tidak secantik dekorasi kek fondant dan aising sugar, tetapi keenakan rasanya yang sering menambat hati mereka yang menikmatinya.  Saya masih ingat lagi, sewaktu kecil ibu-ibu saudara saya sering merungut apabila tiba masa membuat kek, sebab masa tu mereka tak gunakan electric cake mixer, tetapi memukul mentega dengan gula sehingga berkrim secara manual.  Saya juga pernah menempuh pengalaman yang sama, sewaktu mula menjinakkan diri membantu mereka membancuh kek, memang proses tersebut amat memenatkan, tetapi hasilnya amat berbaloi.....Kalau nak tahu pengalamannya cubalah, pukul mentega dengan gula hingga berkrim dengan pemukul adunan seperti dalam gambar ni. 
         

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi kek tradisi di Sarawak iaitu Kek Hati Pari (atau mengikut sebutan kami, Kek Hati Parek).  Secara jujurnya, saya jarang membuat kek ni  (sekadar mengambil upah musim perayaan), sebab prosesnya agak rumit bagi saya.  Proses yang rumit tidak ketara jika kita membaca resepinya.  Salah satu proses yang agak rumit bagi saya ialah penyedian satu daripada bahannya, iaitu kismis hancur.  Kek Hati Pari memerlukan kismis yang dihancurkan sehingga lumat untuk mendapat tekstur yang cantik warna yang menarik dan rasa yang sedap (walaupun warnanya hitam gelap).  Pernah saya berseloroh dengan seorang teman yang asyik tawar menawar upah membuat kek ni, kata saya " kak boleh lah saya kurangkan upah, itu pun kalau kak tak kesah saya pergi lenyek kismis tu dengan kereta".  Walaupun gurauan agak kasar, tetapi disebabkan keenakan kek ini, kakak tersebut tetap nak saya buatkan kek hati pari dia dan seterusnya bersetuju dengan permintaan upah saya.  (Saya kenakan upah rm30 untuk membuat kek ini).
Kismis yang telah di hancurkan

Penyediaan kismis hancur ini saya lakukan dengan mencincang kismis tersebut terlebih dahulu dan kemudiannya saya masukkan ke dalam beg plastik dan mula menumbuk (roll dengan roling pin pun ok juga) supaya betul-betul hancur dan lumat.  Pernah food processor saya terbakar gara gara nak hancurkan kismis ni.  Saya sangat berbesar hati jika ada yang memberi idea yang lebih mudah untuk mendapatkan kismis hancur ni.

Sekarang biar saya tunjukkan keantikan resepi Kek Hati Pari ini kepada semua.  Inilah dia resepinya.


Cara membuatnya
Gula merah

1.  Pukul gula merah dengan telur hingga kembang.
Step 1

2.  Masukkan mentega (kacau dalam bekas supaya tak berketul, tidak perlu di putar), horlick, tepung                gandum (tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama) dan kismis dan gaul rata.
Step 2

3.  Saya tak guna coklat untuk resepi saya tetapi menukarkannya kepada 1 sudu teh serbuk koko dan 6           sudu    makan susu manis, saya gaul rata bersama dengan browning sugar, setelah sebati masukkan ke            dalam  adunan.
Step 3
Step 3

4.  Akhir sekali baru masukkan gula hangus (saya harap anda semua tahu cara penyediaan gula hangus).            Tuang perlahan lahan sambil di kacau supaya sebati.
Step 4

5.   Kebiasaannya saya akan rehatkan adunan sebentar dalam 30 minit. Masukkan ke dalam acuan dan               kukuslah selama 8-10 jam (Api sederhana supaya adunan tak berlubang lubang bila masak).

Sekarang ni saya dapati Kek Hati Pari ini sudah banyak versi juga.  Terpulanglah kepada mereka yang menikmatinya.  Bagi saya, inilah resepi yang saya perolehi dari ibu saya.  Silalah cuba.  Kek ini bersaiz besar,  biasanya saya tak buat satu adunan tetapi memadai dengan setengah adunan sahaja.  Kek ini juga tahan lama, mungkin disebabkan kandungan asid sorbik di dalam kismis yang bertindak sebagai anti kulat semulajadi.  Sampai berjumpa lagi.  Wassalam.
(Kek belum masak lagi, nanti saya updatekan rupa kek yang dah siap, mungkin dalam entri akan datang ya)

Monday 16 June 2014

NASI AYAM ALA BRIANI

Assalamualaikum, bertemu lagi kita.  Ada teka teki tentang tajuk post kali ini?  Kenapa namanya ala briani dan bukan briani?  Sebab memang bukan nasi briani pun.  Saya cuma olahkan ikut macam nasi briani, sebabnya rempah brianinya tak cukup. Sengaja masak nasi sebegini untuk menyambut Hari Bapa untuk suami, tetapi suami outstation, suami saya memang suka nasi briani.  Makanya saya hidangkan nasi ala briani ni untuk anak anak bapanya, wakilkan..

Bahan bahannya


1.  6 potongan ayam (saya gunakan 2 kepak, 2 peha dan dua bahagian atas peha) a.k.a setengah ekor dan sedikit lemak ayam



2.  1 kilo beras



3.  Bahan kisar :- 1 biji cili merah
                           1 biji bawang besar
                           5-6 ulas bawang merah
                           4  ulas bawang putih
                           1 inci halia
                           sedikit kas kas
                           sedikit ketumbar (boleh tambah sebiji buah keras kalau ada)
4.  Rempah tumis
5.  1 sudu meja serbuk kari dan 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5.  1/2 gelas susu cair
6.  Daun pandan
7.  Minyak untuk menumis (sedikit minyak sapi atau mentega)

Cara membuatnya.

1.  Basuh beras dan toskan.


 Kisar semua bahan kisar.
Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau dan kekuningan, beserta dengan rempah tumis, serbuk kari,  serbuk kunyit dan daun pandan.
Bila tumisan agak kekuningan dan pecah minyak masukkan lemak ayam, dan tumiskan lagi hingga lemak ayam mengecut dan kental
Selepas itu,                         

Masukkan ayam, dan gaulkan kemudian biarkan sebentar.

Masukkan susu cair, air, garam dan sedikit perasa makanan,  boleh campurkan satu sudu teh cuka jika mahu. 
renihkan hingga kuah kering dan keluarkan ayam dari kuali beserta dengan setengah kuahnya (jangan ambil minyaknya dan rempah ratus, biarkan setengah kuah dan minyak tinggal dalam kuali)


Langkah seterusnya ialah memasak nasinya.


Masukkan beras yang telah ditoskan tadi di dalam kuali yang masih ada kuah tadi.

Tumiskan beras tadi hingga  beberapa minit.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan letakkan dua helai daun pandan
Masukkan air macam masak nasi biasa, kurangkan sikit je dari paras dia. Boleh tambah sedikit garam jika suka. Bila rice cooker berhenti memasak, kacau nasi tadi biarkan sebentar dan tekan balik suis ke memasak untuk kali kedua boleh ulang hingga tiada lagi nasi yang mentah (saya alihkan ke dapur gas dan masak dengan api perlahan hingga nasi masak sekata.) 
Siap sudah menu kita NASI AYAM ALA BRIANI.  Bolehlah hidangkan dengan dalca, acar timun dan sambal terung.  Untuk pengetahuan saya hanya guna beras biasa dan bukan beras Basmathi, sebab tu ini bukan nasi Briani ya.  Boleh cuba untuk juadah hujung minggu.  Selamat mencuba.  Wassalam.











Saturday 14 June 2014

DODOL LABU SARAWAK

Assalamualaikum, sihat semua?  Kali ini saya menunaikan janji yang saya buat sebelum ni, versi dodol labu yang kedua.  Kalau sebelumnya saya mencuba resepi dodol yang menggunakan tepung pulut, kali ini dodolnya menggunakan tepung gandum.  Sukatan bahan bahannya juga agak mudah untuk diikuti.  Berikut adalah sukatan bahan.

Dodol Labu Sarawak
sumber:alongRoz

1 biji labu berat lebih kurang 2 kg - kopek, rebus dan lecek
1 gelas tepung gandum
4 sudu makan tepung pulut
1/2 gelas gula apong
1/2 kg kelapa parut - ambil santan
gula secukup rasa

Satukan semua bahan diatas dan masak dengan api sederhana hingga pekat dan pecah minyak.  sejukkan sebelum di potong.


Memandangkan proses agak sama seperti proses memasak dodol sebelumnya, maka saya tak sertakan banyak gambar.  Apa apapun diharap ada yang sudi mencuba resepi dodol ni.  Wassalam

Thursday 12 June 2014

PUDING TRIFLE KEK APPOLLO

Assalamualaikum, malam semalam sempat siapkan dua bekas puding trifle.  Kali ni memang rasa sangat mudah buat puding ni.  Memandangkan ramai yang like kat fb, jadi saya sengaja share kan resepinya.  Saya harap bolehlah semua yang like tu mencuba untuk membuatnya ya.

Langkah pertama
Susun kek Appollo dalam bekas.  Saya guna Eroll Appollo perisa pandan.


Langkah kedua
Lapiskan kastad atasnya
Bahan untuk kastad 4 sudu besar tepung kastad, 1 tin susu cair, 1 tin susu air kacau hingga tepung semua sebati.  Masak hingga pekat dan masukkan  4-6 susu besar gula ikut manis yang di suka.  Bila pekat bolehlah dituang keatas kek tadi.



Langkah ketiga
Tapiskan 1 tin buah-buahan koktail dan taburkan atas lapisan kastad tadi setelah lapisan kastad sedikit sejuk dan keras bahagian atasnya.


Langkah keempat
1 kotak jelly nona perasa strawberry dimasak ikut panduan di belakang kotak, kemudian tuang perlahan lahan diatas lapis koktel tadi.

Langkah kelima
Sejukkan.  Siap untuk dihidang.
Kalau suka bolehlah letak topping whipped cream dan buah buahan segar seperti anggur dan strawberry.  Saya berkeinginan nak buat jelly berperasa buah kuini, mungkin nanti.  Wassalam.