Wednesday 1 May 2013

MASAK LEMAK CILI API IKAN TENGGIRI BERTEMPE

1..5.013 cuti umum sempena Hari Pekerja.  Kebiasaannya kalau cuti umum ataupun cuti hujung minggu, along sekeluarga akan melepak rumah makayah.  Kalau tak pon akan pergi jalan2.  Tapi harini macam jugak hujung minggu sebelum ni, kami sekeluarga tak buat aktiviti luar sebab Wani tak sihat.




Hari ni Alhamdulillah, suhu badan dah turun dan dah mula ada selera nak makan.  Hari ni ada tetamu istimewa nak datang, ayah kol nak gi rumah, nak jenguk Wani.  Rumahh makayah dgn rmh along bukan jauh mana pon, 7 minit je lebih kurang naik kereta.  Memandangkan dekat sesangat, along sekeluarga memang hari-hari gi rumah makayah.  Lagi pun Wani memang duduk ngan atonenek bila along kerja, petang baru ambik.  Atoknyelah yang ambik dari sekolah.  Terimakasih mak dan ayah, banyak banyak .

Dengar je ayah ngan mak nak datang, sronok tol.  Alang alang ajak lunch je lah sekali.  Selalunya kalau along sekeluarga lepak dari pagi kat rumah mak ayah, mak selalu soh along masak lunch.  Tetapi setiap kali tu lah along akan reject permintaan mak degan alasan anak2 cakap kalau nenek masak sedap.  Tapi memang betolpon anak2 along cakap macam tu.  Along rasa, hubby tak komen macam yang anak along komen tu sebab nak jaga hati isteri dia ni.  Kalau tak mesti dia pon cakap macam tu.  Sebab hari tu pernah hubby cakap, "Long kenapa mak masak lemak cili capi rasa dia lain kan?"  Korang fahamkan maksudnya?

Lepas borak2 ngan mak ayah, along pon ajak mak ke dapor.  Ayah dgn hubby sambung isu semasa dia orang, pasal politik.  Along bisik kat mak, "mak boleh tolong masakkan  ikan tenggiri masak lemak cili api tak, nak letak tempe sekali".  Mak senyum sambil usik along, "eh mana boleh, mak kan tetamu" along senyum sumbing je buat tak faham terus keluarkan ikan,.,..hiihi.  Okey set, nilah chef kita harini

Mak tak nak along ambik gambar dia so terpaksalah along candid.  Ni resepi yang mak tunjukkan kat along.  Bahan2nya

Ikan tenggiri. along rasa ni dekat 1/2 kilo kot.  Bhn utama, yalah dah namenya masak lemak cili api ikan tenggiri
Cili api dan kunyit hidup (cilinya tak cukup, ni je yang ade)
Kelapa parut 1/2 kilo 
Dua keping tempe di potong kecik2
Asam keping/ gelugor

Ayah buat apa masa isterinya di culik kedapor, jom kita tengok...
hihihi ayah okay!
Kita pergi ke cara membuatnya.....Mak tumbuk cili api dengan kunyit, lepas tu masukkan dalam periuk bersama dengan tempe.  Mak perah kelapa parut dan ambik santan pekat dan ketepikan.  Mak perah santan tak guna byk air sekaligus, sikit2 untuk keluarkan santan pekatnya.  Mak renehkan dulu bahan2 dalam periok guna santan cair....macam kat bawah ni
Masukkan asam keping dan garam sekali.  Nak kena kacau selalu supaya tak da taik minyak.....mak cakap macam tu.
Dah elok masak tempenya, baru mak letak ikan dan santan pekat. MASA NI AKU TENGOK MAK SELALU KACAU TAK MAU SANTAN BEKETOL.
Sepatutnya waktu ni mak nak tambah daun kunyit, tapi daun kunyit nye.........ada cerita lucu.  Kejap nati aku cerita.  Dah masak ikannya, padamkan api dan siap untuk dihidang.  Time along sibuk2 ambik gambar dengar hubby cakap "Nanti jangan ambik name je kat blog",....ishishish hubby ni, along tak jahat tau.  Masih ingap lagi Hakcipta terpelihara hihihi.

CERITA DAUN KUNYIT

Sebab malas nak ke kedai. along soh Baby minta daun kunyit jiran yang dia tanam kat tepi jalan nak kerumah along.  Walupun jiran dah pesan kalau nak guna daun kunyitke, limau purut ke ambik je.  Baby pon bawaklah pisau g ambik daun kunyit.  Tak lama lepas tu baby balik bawak "daun kunyit".  Mmg macam daun kunyit tapi sebenarnya daun bunga. Punyelah along dengan mak gelakkan dia.  Dia boleh siap argue dengan along yang daun dia ambik tu betol.  Along cakap kat baby, mmg rupanya hampir sama tapi daun kunyit ada bau kunyit.  Baby pon gi lah sekali lagi dan hasilnye
Jangan gelak sebab Baby dah merajuk.  At last tak da lah daun kunyitnye! hahaha.
Baby baby.







No comments:

Post a Comment